Jumaat, 25 Mac 2016



PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI GENETIK TELAH MEMBERI BANYAK KEMUDAHAN KEPADA MANUSIA TERUTAMA DALAM SEKTOR PERTANIAN

PENDAHULUAN 
Pengenalan Bioteknologi secara amnya didefinisikan sebagai penggunaan organisma hidup dalam penghasilan mahupun pengubahsuaian sesuatu produk. Kaedah bioteknologi telah diaplikasikan dalam pelbagai aspek bioekonomi seperti pertanian, perubatan, produk makanan dan juga alam sekitar. Sejarah telah membuktikan bahawa manipulasi genetik telah dilakukan oleh para petani sejak ribuan tahun dahulu dengan menggunakan teknik pembiakbakaan untuk mendapatkan baka tanaman yang berkualiti. Kemajuan teknologi dan pemahaman ilmu secara mendalam khususnya dalam bidang genetik dan biologi molekul telah memberi impak kepada teknik manipulasi gen secara lebih saintifik dan spesifik. Oleh itu, definisi bioteknologi tumbuhan telah diperinci dan diperhalusi dengan memasukkan pendekatan teknologi moden untuk mengubah fungsi biologi sesuatu organisma dengan kemasukan gen asing.


 Teknik ini dikenali sebagai teknik kejuruteraan genetik. Kejuruteraan genetik atau modifikasi genetik berfungsi untuk memanipulasi genetik sesuatu organisma secara terus. Produk tumbuhan yang dihasilkan melalui kaedah ini dikenali sebagai tanaman transgenik. Manipulasi gen merangkumi kemasukan, pembuangan dan pengubahsuaian cebisan segma DNA yang mengandungi satu atau lebih gen yang diminati ke dalam genom sesuatu tumbuhan. Secara langsung, ia membolehkan tanaman transgenik mengekspresi ciri-ciri fenotipik yang dikehendaki seperti peningkatan kadar pengeluaran hasil tanaman, kerintangan kepada penyakit kritikal tanaman, penghasilan makanan tinggi nutrien dan pelbagai lagi.

 kacukan pada buah sawit


 Pendekatan bioteknologi moden ini mempunyai potensi yang besar dan mampu memberi nafas baharu kepada sektor pertanian pada masa hadapan kerana penghasilan varieti baharu dengan nilai tambah melalui kaedah kacukan atau pembiak baka konvensional mempunyai beberapa batasan yang signifikan. Sebagai contoh, penerimaan gen asing melalui teknik pembiakbakaan terbatas kepada tumbuhan yang sama spesies sahaja. Selain itu, jumlah sampel kacukan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan hibrid atau varieti baharu yang signifikan. Secara tidak langsung melibatkan 2 kos operasi yang tinggi dan memerlukan masa saringan yang agak panjang. Dengan teknologi kejuruteraan genetik, pengenalan gen asing ke dalam genom tumbuhan sama ada daripada spesies tanaman yang sama atau berlainan, kulat, bakteria mahupun virus yang diminati dapat diimplementasi dan direalisasikan. Teknologi ini juga sangat khusus dan berupaya memencil, menganalisis dan memanipulasi gen secara spesifik dan versatil. Antara tanaman transgenik yang berjaya dibangunkan serta dikomersialkan di peringkat antarabangsa ialah kacang soya, jagung, tomato dan betik dengan negara pengeksport utama seperti Amerika Syarikat. Namun, produk transgenik telah digambarkan sebagai produk yang mempunyai potensi yang negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar, khususnya oleh majoriti pengguna di Eropah. Pada tahun 2004, hampir 50% pengguna di Eropah berpendapat produk transgenik kurang selamat untuk dimakan, manakala 33% pengguna pula tidak pasti dan hanya 20% sahaja pengguna yang mengetahui bahawa tiada asas atau bukti saintifik yang menyokong kesan buruk produk tanaman transgenik kepada kesihatan manusia. Ini kerana penghasilan tanaman transgenik kebiasaannya menggunakan gen penanda pemilihan yang penting untuk proses penyaringan. Gen penanda pemilihan yang selalu digunakan ialah gen penanda rintang antibiotik dan gen penanda rintang herbisid. Penggunaan gen penanda yang mempunyai nilai kerintangan ini telah menimbulkan prasangka buruk akan kesannya kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Bagi menangani kebimbangan dan meningkatkan lagi penerimaan awam terhadap produk tanaman transgenik, satu teknologi yang dikenali sebagai teknologi gen bersih telah diperkenalkan. Teknologi ini mampu menghasilkan tanaman yang bebas gen penanda pemilihan dan lebih mesra alam serta terbukti selamat kepada kesihatan manusia dan persekitaran. Kepentingan gen penanda pemilihan Kejayaan teknik kejuruteraan genetik tumbuhan berkait rapat dengan penggunaan gen penanda pemilih. secara umumnya, gen penanda pemilihan berfungsi memberi imunisasi kepada sel yang berjaya ditransformasikan dengan gen yang dikehendaki untuk kelangsungan hidup di atas medium yang dipilih dan berperanan penting khususnya semasa proses penyaringan. Penggunaan antibiotik mahupun herbisid di dalam medium mampu merencat tumbesaran tumbuhan dengan mengganggu sistem metabolik dan pertumbuhan sel. Oleh itu, sel tisu transgenik yang berjaya ditransformasi dan mengandungi gen penanda antibiotik boleh dikenal pasti dengan penggunaan antibiotik berkepekatan optimum. 




Kaedah penyaringan ini terbukti mampu memudahkan proses pengenalpastian tumbuhan transgenik di samping menjimatkan kos dan masa untuk analisis.  Proses pengenalpastian integrasi gen yang dikehendaki akan dianalisis dengan menggunakan kaedah tindak balas berantai polimerase (PCR) terhadap semua pokok yang diregenerasi. Walaupun teknik ini berpotensi menghasilkan tanaman transgenik yang bebas gen penanda, namun ia memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang untuk mengasingkan tanaman transgenik daripada beribu-ribu tanaman yang tidak transgenik. Tambahan pula, kadar kecekapan transformasi menggunakan teknik ini juga jauh lebih rendah berbanding dengan penggunaan gen penanda antibiotik. Ini membuktikan kepentingan penggunaan gen penanda dalam transformasi tumbuhan terutama dalam proses penyaringan tumbuhan transgenik dan untuk mendapatkan tanaman transgenik yang tulen. Oleh itu, satu pendekatan telah dikaji iaitu pendekatan teknologi gen bersih. Pendekatan ini menekankan kepentingan alternatif baharu gen penanda pemilihan yang lebih mesra alam serta terbukti selamat kepada kesihatan manusia . Teknik transformasi tumbuhan melalui kaedah kejuruteraan genetik. Gen penanda pemilihan memainkan peranan penting semasa proses penyaringan untuk pengenalpastian sel transgenik yang putatif Gen dikenal pasti dan dipencilkan Gen diklon ke dalam plasmid vektor Bakteria memindahkan gen ke dalam genom tumbuhan Proses penyaringan sel Sel transgenik dikenal pasti Regenerasi pokok transgenik Sel ditembak dan DNA masuk ke dalam genom tumbuhan Replikasi gen Zarah emas disalut dengan gen dan dimasukkan ke dalam bakteria Penembakan zarah (biolistik) Agrobacterium Validasi kemasukan gen 4 persekitaran. Saintis seluruh dunia telah dan akan terus memberi idea untuk penambahbaikan sistem transformasi tanaman. Beberapa pendekatan telah diaplikasikan dalam penyelidikan kejuruteraan genetik tumbuhan di MARDI seperti penggunaan gen penanda mana yang mengekod enzim phosphomannose isomerase (pmi) dan juga teknik rekombinasi tapak spesifik. Kejuruteraan genetik tumbuhan merupakan satu projek jangka masa panjang. Pengeluaran produk bioteknologi mempunyai tiga proses iaitu penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran produk dan pemasaran. Oleh itu, perancangan untuk tempoh tersebut hendaklah dirancang dengan diteliti iaitu bermula dari peringkat makmal sehingga industri. Produk bioteknologi moden yang hendak dibangunkan juga perlu mengikut standard yang ditetapkan dan mematuhi Akta Biokeselamatan Kebangsaan 2007. Akta Biokeselamatan Kebangsaan 2007 telah diluluskan oleh parlimen dan diwartakan pada 1 Disember 2009. Akta ini ditubuhkan bagi mengawal pengeluaran, import, eksport dan penggunaan terkawal organisma terubah suai secara genetik di Malaysia.


IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI GENETIK SECARA BERETIKA DAN IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA.

MAKSUD ETIKA

Etika berasal dari perkataan "ethos" dari Greek yang bermaksud perangai atau keperibadian. Dari sudut perpestif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku atau akhlak yang betul berasaskan Al-Quran dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T .  Etika adalah teori tentang tingkah laku yang baik dalam kehidupan.


KEPENTINGAN ETIKA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

Etika dijadikan sebagai panduan kepada santis dan teknokrat bagi memastikan hasil kajian dan penyelidikan masih mengikut hukum syarak.  Ia juga sebagai batasan kepada perkara-perkara yang boleh dilakukan dan membasmi perkara yang tidak boleh dilakukan semasa penyelidikan dilakukan.  Selain iti, sains jugak tidak terlepas dari hukum syariat yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Isu- isu etika yang terdapat dalam sains dan tenologi moden hari ini ialah pengklonan manusia , nuklear , pembedahan plastik , pengguran kandungan serta bayi tabung uji.

KESAN PENGABAIAN ETIKA TERHADAP MANUSIA DAN ALAM

Pencemaran Alam Sekitar
Bahan kotor dan berbahaya akan dilepaskan ke kawasan persekitan secara terbuka luas.

kesan rumah hijau

Rumah Hijau
Haba yang terperangkap di atmosphere bumi atau persekitan bumi akan mengakibatkan suhu bumi meningkat dan tidak terkawal.  Gas beracun akan naik ke udara dan bercampur dengan awan dan dilarutkan oleh titisan awan dan akan dilepahkan dengan hujan yang akan dpat merosakkan tamanan dan bangunan.
Pengabaian etika bukan sahaja mendapat kemurkaan Allah, tetapi ia juga menganggu ekosistem manusia dan bumi kita dan akan mengakibatkan bencana yang besar sehingga ke tahap yang kita sendiri tidak dapat jangkakan.

CARA MENGATASI ISU-ISU ETIKA DALAM SAINS TEKNOLOGI DARI SUDUT ISLAM.

Berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah nescaya kita tidak akan sesat dari segala aspek kehidupan seharian.  Selain itu, memupuk keiman dalam diri kita dan kita akan menpunyai sifat keikhlasan dalam diri serta memiliki niat yang baik supaya kajian sain dan teknologi yang dikaji akan diberi keberkatan serta memberi manfaat kepada seluruh umat sejagat.  Etika yang baik mestilah dipraktikkan dengan sempurna dan efisyen supaya dapat kembali kepada fitrah kita sebagai hamba Allah S.W.T.




ISU-ISU PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI GENETIK :

      
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga , manusia mampu menjalankan ekperimen yang untuk mencampurkan benih tumbuhan bagi mndapatkan hasil spesies yang lebih baik dan subur . Pandangan islam terhadap perkara tersebut ialah setiap ciptaan Allah yang ada di alam ini adalah cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada manusia.  islam tetap lagi untuk sains menerokai bidang genatik ini , tapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip dan syariat dan tidak mendatangkan mudharat atau bahaya kepada manusia dan alam sekitar .begitu juga dengan kaedah pengacukan tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia ianya adalah sesuai dengan sebuah hadis yang diceritakan :
                       "ada seseorang sahabat datang bertanya dengan rasulullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang pohon tamar yang telah dilakukannya . maka rasulullah menjawab engkau lebih mengetahui tentang masalah itu. hal ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudhratkan kehidupan adalah dibolehkan" .





PUNCA MASALAH :
    

        *KEKURANGAN BIJIH BENIH 
           -  kebanyakkan anak benih banyak diimport dari luar negara hal ini akan menyebabkan kos pengeluaran yang tinggi 


        *SERANGAN PENYAKIT KRONIK PADA TUMBUHAN 
           -   petani menghabiskan banyak masa untuk memerangi serangan penyakit tersebut.kos pengeluaran yang tinggi sedikit sebanyak memberi impak kepada bidang pertanian.


         *TANAMAN YANG CEPAT ROSAK
           -   tanaman cepat rosak kerana tidak sesuai dengan iklim negara





JALAN PENYELESAIAN :
          
        
         *mencipta satu kaedah iaitu kaedah pengacukan untuk meningkatkan lagi mutu tanaman. kaedah ini juga akan menghasilkan tanaman yang lebih elok daripada tanaman yang asal.


         *mencari baka yang tahan lama supaya tanaman tidak cepat rosak dan boleh digunakan dalam jangka hayat yang lama.


        *kaedah pengklonan yang dilakukan mampu menghasilkan sejenis tumbuhan yang benar benar menyerupai induk dalam semua aspek. hal ini akan meningkatkan lagi hasil tanaman dan memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan yang meningkat di pasaran.
                   

RUMUSAN


         Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik juga, manusia mampu untuk menjalankan ekperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain bagi tujuan menghasilkan spesis yang lebih baik.  Secara tidank langsung, bidang kejuruteraan genetic telah mencorakkan semula bidang penghasilan produk ke arah yang lebih baikdan terjamin serta pulangan yang lumayan.  Walaupun begitu, kita tidak seharusnya lupa terhadap ketamadunan manusia jika sekiranya teknologi dalam bidang kejuruteraan genetic ini tidak terkawal oleh pihak yang berkenaan , diluar sana terdapat banyak manusia yang rakus mengejar kebendaan, cita-cita dan hawa nafsu semata-mata untuk mengejar kemasyhuran dan kebendaan kuasa. 



          Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyakmembawa kepada kebaikan disamping itu terselit juga keburukan disetiap ciptaan.  Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai-nilai islam dan mengikut batas-batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan.  Barulah kemajuan dan pembangunan yang dicapai tidak terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah.  



RUJUKAN

  • Buku teks Sains Teknologi Dan Kejuryteraan Dalam Islam
  • https://prezi.com/ue8nnji9bdnv/etika-dalam-penggunaan-teknologi-serta-kesan-pengabaian-terh/
  • https://www.google.com/search?q=TEKNIK+TRANSFORMASI+TUMBUHAN+MELALUI+KAEDAH+GENETIK&oq=TEKNIK+TRANSFORMASI+TUMBUHAN+MELALUI+KAEDAH+GENETIK&aqs=chrome..69i57.17408j0j7&sourceid=chrome&es_sm=93&ie=UTF-8